Tentang Kami
Pengenalan
Mossuri Takaful Services
Ditubuhkan pada 2017 dan dimiliki sepenuhnya oleh Puan Sharifah Nor Azizah Binti Wan Mustapha. Mossuri Takaful Services adalah agensi korporat yang berdaftar di bawah Zurich General Takaful Malaysia Berhad & Etiqa General Takaful Berhad dan beliau juga berdaftar di bawah Wasiyyah Shoppe Berhad dalam menjalankan khidmat pengurusan Harta Pusaka Islam.
Mossuri Takaful Services telah diberi kepercayaan untuk mereka satu skim takaful kelompok khas untuk rakyat Sarawak iaitu Nadi Sarawak dan syarikat juga diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan National Football Development dalam menyediakan takaful kelompok untuk pelatih-pelatih seluruh Sarawak. Kami bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada semua golongan masyarakat dalam menyediakan perlindungan takaful dan perancangan harta pusaka Islam.
Misi
- Menawarkan perkhidmatan takaful dan rundingan harta pusaka islam mengikut kehendak dan keperluan pelanggan.
- Bersedia dalam memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan dengan perlindungan takaful dan pewarisan harta pusaka Islam.
- Membina jenama agensi yang berintegriti dan dikenali di seluruh Malaysia
Visi
Untuk menjadi Agensi Takaful No. 1 di Sarawak yang menawarkan perkhidmatan rundingan takaful & pewarisan komprehensif
Pengiktirafan
Surat Lantikan Kuasa